Rusia Bakal Perkenal Kedai Aplikasi Alternatif Untuk Google Play Store

Diterbitkan pada Mac 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rusia sedia mengalami sejumlah kekangan dan halangan akses daripada pelbagai syarikat dan organisasi seluruh dunia disebabkan oleh serangan Rusia terhadap Ukraine.

Disebabkan olehnya, pembangun dari Rusia sedang melihat kepada beberapa alternatif, termasuk membangunkan penawaran tersendiri. Salah satunya adalah pembangunan kedai aplikasi tersendiri alternatif untuk Google Play Store.

Buat masa ini, Google telah menghalang pengguna daripada membeli aplikasi – termasuk menghalang pembangun daripada Rusia menjana pendapatan melalui platform Google. Hal ini membuatkan Rusia membangunkan penawaran mereka, dinamakan NashStore.

NashStore yang membawa maksud “Kedai Kami”, bakal ditujukan untuk peranti Android, dan akan dilancarkan pada 9 Mei kelak.

Ia akan kelak membolehkan pembangun menjana pendapatan kembali, selain turut digunakan untuk pengedaran aplikasi dalam negara tersebut.

komen


© Amanz / 2022 Kami