Cari @ Amanz

Ini Adalah Antara Kad-Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti Yang Ditawarkan Di Malaysia

Oleh Nazrin

Link Copied!

NVIDIA baru sahaja mengumumkan ketibaan kad grafik paling berkuasa mereka, NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti. Walaupun kad grafik ini hadir dengan rekaan Founders Edition, secara lazimnya model tersebut hanya ditawarkan di beberapa negara terpilih, dan sayangnya Malaysia bukanlah diantaranya.

Akan tetapi, mereka yang berminat untuk mendapatkan kad grafik yang sangat berkuasa ini boleh membelinya melalui jenama-jenama pembangun komponen komputer seperti ASUS, ZOTAC dan sebagainya, dan disini, kami akan senaraikan beberapa model kad grafik tersebut yang kini ditawarkan di Malaysia.

ASUS

ASUS memperlihatkan tiga model kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti mereka sendiri, dimana dua daripadanya hadir melalui siri The Ultimate Force, dan model ketiga merupakan daripada Republic of Gamers.

ASUS TUF RTX 3090 Ti 24G Gaming dan ASUS TUF RTX 3090 TI O24G Gaming merupakan dua kad grafik RTX 3090 Ti dibawah jenama The Ultimate Force yang hadir dengan tiga kipas penyejuk dan menggunakan satu palam kuasa 16-pin yang boleh mengalirkan kuasa sehingga 450W tanpa masalah.

Jika anda mahukan sebuah kad grafik yang lebih berkuasa dan canggih, ROG Strix LC RTX 3090 Ti O24G Gaming mungkin untuk anda. Hadir dengan rekaan 3.2 slot pengembangan PCIe, kad grafik ini hadir dengan rangka yang diperbuat daripada logam dengan gabungan sistem pencahayaan RGB pada bahagian tersebut.

Ini disertakan dengan radiator bersaiz 240mm dengan dua kipas untuk memastikan bahawa kad grafik ini sentiasa beroperasi pada tahap optimum. Kad grafik ini juga akan menggunakan satu palam kuasa PCIe 16 pin untuk menguasakannya.

  • ASUS TUF RTX 3090 Ti 24G Gaming – RM9700
  • ASUS TUF RTX 3090 Ti O24G Gaming (Overclock) – RM10,200
  • ROG Strix LC RTX 3090 Ti O24G Gaming – RM11,000

GIGABYTE

GIGABYTE merupakan satu lagi jenama komponen komputer yang cukup terkenal di Malaysia. GIGABYTE Malaysia dilihat membawa masuk tiga model kad grafik GeForce RTX 3090 Ti, termasuklah GIGABYTE RTX 3090 Ti Gaming 24G, GIGABYTE RTX 3090 Ti Gaming OC 24G dan AORUS GeForce RTX 3090 Ti XTREME WATERFORCE 24G.

Model RTX 3090 Ti Gaming 24G dan OC 24G menggunakan sistem penyejukan WINDFORCE 3X yang menggunakan tiga kipas penyejuk bersama-sama dengan lapan paip penyebaran haba yang diperbuat daripada gangsa yang memastikan bahawa kad grafik ini dapat beroperasi secara optimum sepanjang masa.

AORUS GeForce RTX 3090 Ti XTREME WATERFORCE 24G hadir dengan rekaan kad grafik yang lebih padat berbanding dengan penawaran ASUS ROG, tetapi hadir dengan radiator aluminum bersaiz 360mm untuk memastikan pengaliran air dan haba bersama penyejukan yang lebih cekap.

Bongkah penyejukan yang digunakan AORUS disini menyejukkan bukan sahaja komponen GPU, tetapi VRAM dan lain-lain juga untuk kebolehan lewahjam yang hebat.

  • GIGABYTE RTX 3090 Ti Gaming 24G – RM9,699
  • GIGABYTE RTX 3090 Ti Gaming OC 24G – RM9,999
  • AORUS GeForce RTX 3090 Ti XTREME WATERFORCE 24G – RM10,299

MSI

MSI Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk satu model kad grafik RTX 3090 Ti, iaitu MSI RTX 3090 Ti Gaming Black Trio. Kad grafik ini memperlihatkan rekaan industrial berwarna serba hitam dan menggunakan tiga kipas penyejuk Torx 4.0 dan sistem penyejukan Tri-Frozr 2.

MSI Malaysia mengatakan bahawa model-model lain seperti MSI Suprim dan Gaming Trio yang lain akan ditawarkan di pasaran tempatan di masa akan datang.

  • MSI RTX 3090 Ti Gaming Black Trio – RM9700

Komen ()