Para pengkaji bintang, kini telah mengenal-pasti sebuah asteroid, dengan nama 2007 FF1 akan melepasi Bumi pada 1 April 2022 ini. Asteroid ini dikategorikan sebagai “berpotensi menimbulkan bahaya”, dengan saiz diameter sekitar 260 meter.
Asteroid ini kali terakhir terbang melepasi Bumi pada tahun 2020 lepas, dan kali ini ia dijangka terbang pada jarak paling dekat berbanding ramalan untuk tahun-tahun akan datang.
2007 FF1 ini dijangka akan melepasi Bumi pada jarak sekitar 7.4 juta kilometer – iaitu 30 kali ganda lebih jauh berbanding dengan Bulan.
Selepas ini, asteroid sama dijangka akan terbang melepasi Bumi dengan jarak dekat, pada tahun 2037 kelak.