Cari @ Amanz

Redmi 10A Dilancarkan – Hadir Dengan MediaTek Helio G25, Bateri 5000mAh

Link Copied!

Redmi kini hadir dengan sebuah lagi peranti berspesifikasi asas menerusi pengenalan Redmi 10A. Melihat pada penawarannya, peranti ini hanyalah sebuah Redmi 9A yang dipersembahkan dalam idea tatarias tubuh yang berbeza. Di mana, ia kini menampilkan modul kamera utama yang lebih besar bersama sokongan pengimbas cap jari fizikal padanya.

Untuk spesifikasi khusus, Redmi 10A lengkap dengan skrin bersaiz 6.53-inci beresolusi HD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G25, GPU PowerVR8320, memori mencapai 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula adalah sebesat 5000mAh yang boleh dicas menerusi sokongan port sambungan mikroUSB.

Kamera utama terdiri dengan sensor 13MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan MIUI 12.5, bluetooth 5.0 dan sebagainya. Redmi 10A dijual di china pada harga bermula RMB699 (~RM462). Tiada sebarang informasi mengenai ketersediaan untuk diluar pasaran China yang diketahui setakat ini.

Sumber : Redmi China


Komen ()