Jabatan Meteorologi Malaysia kini berkongsi jangkaan awal, mengatakan cuaca panas yang dialami ketika ini mungkin berlanjutan sehingga Mei 2022 kelak, dan hanya mula reda menjelang Jun.
Buat masa ini, ia dikatakan fenomena La Nina berbentuk sederhana sedang berlaku. Suhu dipelbagai lokasi di Malaysia adalah berbeza-beza mengikut tempat dan bentuk muka bumi.
Suhu maksimum yang dicatatkan di Lembah Klang dilihat sedikit tinggi berbanding kebiasaan – mencatatkan sehingga 35 ke 36 darjah.
Buat masa ini, tiada suhu melampau yang dicatatkan sepanjang minggu ini. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia menyediakan sebuah halaman web khas yang berkongsi perkembangan semasa dan status cuaca panas di Malaysia untuk rujukan. Orang ramai yang bekerja di luar diminta berhati-hati sekiranya suhu terlalu tinggi.