Cari @ Amanz

Kripto ialah norma baharu yang kini merebak pula ke dunia sukan dengan pasukan seperti Manchester United ditaja oleh Tezos pada bulan Februari lalu. Kini tiba giliran Lionel Messi pula ditaja ole firma kripto Socios.com yang menjual token kepada peminat.

Messi akan menerima bayaran $20 juta untuk mempromosikan token yang dijual oleh Socios. Dengan Piala Dunia akan berlangsung tahun ini, ia adalah masa yang paling tepat untuk menaja Messi yang dilihat sebagai pemain bole sepak terbaik dunia. Tempoh tajaan adalah selama tiga tahun dalam bentuk wang fiat dan bukannya kripto.

Socios menjual token kepada peminat pasukan bole sepak dengan syarikat mempunyai perjanjian dengan pasukan Arsenal, Everton, Inter Milan, Paris Saint Germain, Juventus dan Manchester City. Token ini kemudiannya boleh digunakan peminat untuk melakukan undian mengenai beberapa hala tuju pasukan yang disokong.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd