Cari @ Amanz

Bagi para pengguna peranti Apple, mungkin anda sedia sedar yang mana kemaskini secara automatik hadir sedikit lambat selepas tarikh pengenalan rasmi.

Kebiasaannya, pengguna perlu melakukan secara manual pada telefon pintar mereka untuk menerima sesuatu kemaskini pada hari pelancaran, dan sekiranya anda menetapkan ia sebagai kemaskini automatik, perlu nantikan ia beberapa ketika.

Apple iOS 14.6

Menerangkan mengenainya, pihak Apple mengatakan kemaskini biasanya diperkenalkan antara 1-4 minggu selepas tarikh pengenalan rasmi – selepas Apple menerima maklumbalas berkaitan dengan kemaskini berkenaan.

Perkara ini mungkin sedia dijangka ramai – sekaiigus membolehkan kemaskini diedarkan meluas sekiranya terdapat sebarang pepijat dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd