Black Shark 5 Pro Kini Rasmi Dengan Skrin 144Hz, 16GB RAM, Storan SSD, Pengecasan 120W

Diterbitkan pada Mac 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Black Shark hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, dibawah siri Black Shark 5. Dua telefon pintar utama yang ditawarkan dibawah siri ini adalah Black Shark 5 dan juga Black Shark 5 Pro.

Semestinya yang menjadi fokus utama adalah Black Shark 5 Pro. Ia hadir dengan skrin bersaiz 6.67-inci dengan resolusi FHD+, dilengkapi kadar segar semula 144Hz, dan hadir dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

Disertakan bersamanya adalah penawaran memori sehingga 16GB RAM, selain storan sehingga 512GB UFS 3.1 + SSD. Black Shark memanggil teknologi gabungan storan ini sebagai Disk Array 2.0 – menawarkan kadar penulisan dan pembacaan yang lebih pantas.

Untuk rakaman gambar, Black Shark 5 Pro hadir dengan sensor utama 108-megapixel, selain dilengkapi sensor ultra-lebar 13MP, dan lensa telefoto 5MP. Ia turut menyertakan sensor 16MP untuk swafoto.

Pada bahagian bateri, ia menyertakan bateri berkapasiti 4650mAh dengan pengecasan pantas 120W. Black Shark 5 Pro juga mencatatkan skor yang tinggi pada bahagian audio – selain dijana dengan Android 12 bersama antaramuka JoyUI 13. Ia juga turut hadir dengan beberapa pengoptimasian untuk para peminat permua (permainan mudah-alih).

Disamping model “Pro”, model biasa yang turut hadir menawarkan skrin lebih kurang sama, tetapi dengan cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM, dan storan 256GB UFS 3.1. Ia turut dilengkapi sensor kamera utama 64-megapixel, yang dilengkapi sensor ultra-lebar 13MP, dan makro 2MP. Penawaran lain adalah lebih kurang sama dengan model “Pro”.

Buat masa ini, kedua-dua model ini diumumkan untuk pasaran China sahaja, dan mungkin kita akan melihatnya di Malaysia pada suatu masa kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami