Oppo Membolehkan Anda Mencuba Dahulu Oppo Reno 7 Sebelum Membelinya

Diterbitkan pada Mac 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo kini hadir dengan promosi khusus bagi para pengguna yang berminat dengan Oppo Reno 7 – dimana anda boleh mencuba peranti berkenaan selama 28 hari, sebelum memilih untuk membelinya atau tidak.

Dengan langkah ini, ia memberikan peluang kepada para pengguna untuk mendapatkan pengalaman menyeluruh untuk sesuatu peranti sebelum memilih untuk menjadikannya peranti tetap. Malah, ia juga mungkin sesuai untuk anda yang masih berkira-kira sama ada Oppo Reno 7 sesuai untuk anda atau sebaliknya.

Namun, penawaran Oppo ini hanya terhad kepada 18 peserta sahaja – dimana masing-masing 6 dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan juga Pulau Pinang.

Peserta juga akan perlu meninggalkan deposit sebanyak RM300 sebelum dapat menggunakannya selama 28 hari.

Sebaik sahaja selesai tempoh 28 hari, peserta terlibat boleh memilih untuk membelinya, atau memulangkan peranti dan menerima deposit kembali. Bagi anda yang berminat, boleh rujuk laman rasmi untuk mengetahui terma lanjut, sebelum memilih untuk menyertainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami