Cari @ Amanz

Sistem pengimbas cap jari bawah skrin sudah menjadi ciri normal peranti Android sejak empat tahun lalu. Apple yang sering dikaitkan dengan teknologi terkini masih belum menawarkan ciri ini pada iPhone. Tetapi ura-ura Touch ID bawah skrin akan kembali sudah didengari sejak dua tahun kebelakangan ini.

Menurut penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo, iPhone dengan Touch ID mungkin akan hanya tiba pada tahun 2025. Sebelum ini terdapat laporan iPhone 13 dengan Touch ID bawah skrin telah diuji oleh Apple tetapi ciri tidak disertakan pada peranti tahun lalu. Antara pilihan lain yang boleh digunakan Apple ialah menyertakan pengimbas cap jari pada butang kuasa seperti pada iPad Mini.

Adakah Touch ID masih relevan dan diperlukan pengguna iPhone? Sekiranya apakah sistem yang perlu dipilih oleh Apple? Bawah skrin atau sisi terbina pada butang kuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd