Keperluan Rutin Harian Anda Kini Lebih Sempurna Dengan Siri OPPO Reno7

Diterbitkan pada Apr 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, penggunaan peranti pintar bukan sahaja dianggap sebagai medium untuk berkomunikasi semata-mata. Tetapi, ia turut menjadi salah satu barangan keperluan segenap pengguna. Kewujudannya juga telah memudahkan ramai pihak untuk melaksanakan pelbagai tugas harian dalam satu masa. Tidak kiralah sama ada ia digunakan untuk tujuan profesional atau hanya berseronok memenuhi hari-hari yang lapang. Sehubungan dengan itu, antara model peranti pintar yang tepat dan wajar bagi memenuhi situasi sebegini adalah Siri OPPO Reno7.

Dengan adanya gabungan dua sensor Sony yang dibina sekali dalam satu tubuh OPPO Reno7 Pro yang anggun, sudah semestinya menjadi pasti dapat memberi nilai tambahan kepada peranti pintar itu sendiri. Melaluinya, ia lengkap dengan kamera bertaraf mercu dengan sensor Sony IMX709 untuk kamera hadapannya sekaligus menjadi antara yang terawal menggunakannya. Sensor berkenaan dibangunkan bersama oleh OPPO dan Sony yang mampu menerima 60% lebih banyak cahaya. Dalam masa sama, ia juga mampu mengurangkan hingar sehingga 35% lebih baik berbanding sensor RGGB biasa. Ia layak dipanggil bertaraf mercu kerana ini adalah sensor yang sama digunakan pada OPPO Find X5 Pro.

Hal ini menjadi lebih menarik kerana turut dipadankan dengan sistem kamera Sony IMX766 pada kamera belakang. Kemudiannya, meningkatkan peranti pintar ini ke tahap kebolehan kamera yang baharu dan lebih profesional – baik dari aspek keupayaan mahupun fungsi yang ditawarkan. Kesemua sensor turut dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang sangat membantu dalam meningkatkan kualiti setiap tangkapan imej bagi memperlihatkan hasil yang baik.

Menambahkan keterujaan apabila peranti pintar ini turut dilengkapi pelbagai fungsi dan ciri menarik bagi membolehkan penggemar fotografi terus merakam gambar serta video yang menarik. Misalnya seperti Potrait Mode dengan 25 saiz aperature yang boleh di laras, Bokeh Flare Portrait Video, AI Highlight Video, AI Color Potrait, Dual-View Video Ultra-Steady Video, Focus Tracking, Ultra-Clear 108MP Image dan Flash Snapshot.

Sungguhpun begitu, jika diteliti betul-betul adalah jelas bahawa yang mana siri turut sama tertumpu pada sejumlah ciri lain. Ini termasuklah membantu anda bekerja secara produktif jauh lebih baik dengan penawaran spesifikasi yang sesuai untuk tugasan rutin. Untuk ketahui lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini kerana kami akan membantu merungkai-segera.


Pengembangan RAM

Ini adalah bahagian yang menarik untuk dibahaskan. Ini adalah kerana padanan memori dan storan yang besar turut membolehkan pengguna menyimpan pelbagai jenis dokumen atau fail kegemaran. Makanya, penggunaan harian semestinya tidak terganggu dan pelbagai saat indah yang dirakam sudah semestinya tersimpan rapi. Sebagai tambahan, ia turut sama menyokong sistem penambahan memori secara maya Memory Extension sehingga 7GB RAM menggunakan storan terbina di dalam peranti ini.


Perkakasan Dalaman Hebat Yang Hebat

Percaya atau tidak, peranti pintar ini juga mampu untuk memenuhi keperluan pengalaman permua yang baik. Meskipun ia bukanlah sebuah peranti yang memfokuskan permua secara ekstrem, ia mampu untuk menyajikan pengalaman bermain permua yang menyeronokkan sebagai hiburan. Ia menyokong enjin getaran 4D yang baik, sekaligus pengalaman bermain terasa lebih menarik mengikut getaran berbeza bergantung pada persekitaran. Senang kata, ia sememangnya pengalaman yang cukup menyeronokkan terutamanya sewaktu bermain permua seperti PUBG dan LOLM.

Situasi yang sama juga apabila peranti turut menyokong teknologi Penstabilan Kadar Kerangka AI (AI Frame Rate Stabilizer) yang mampu menjadikan permua kekal berjalan dengan lancar tanpa lag atau frame drop meskipun pada tetapan tertinggi. Ia bagaimanapun terhad untuk beberapa permainan sahaja seperti LOLM, Mobile Legend, Free Fire, PUBG, Subway Surfers, CODM dan Genshin Impact. Tidak ketinggalan, OPPO Reno7 5G juga telah melepasi standard teknikal dalam piawaian TÜV SÜD 36-Month Fluency Rating A Mark. Maksudnya, peranti pintar tidak akan mengalami isu sela masa untuk jangka masa 2 hingga 3 tahun penggunaan.


Perisian Cukup Pintar

Sebagai peranti baharu, ia sudah semestinya hadir dengan perisian yang juga baru. Melaluinya, ia menggunakan ColorOS 12 berasaskan Android 12. Ia direka dengan teliti bertujuan meningkatkan produktiviti dan kualiti penggunaan yang merangkumi banyak aspek. Paling pentingnya di sini, antara muka boleh dikostumasi dengan baik. Terdapat juga beberapa ciri tambahan lain yang disertakan seperti perisian Sambungan PC (PC Connect) yang membolehkan telefon pintar OPPO anda dihubungkan secara terus ke komputer riba tanpa kabel. Dengan ini, anda kini boleh melakukan pelbagai kerja dengan lebih produktif dan efisien.

Seterusnya, ciri Isyarat Udara (Air Gesture) pula membolehkan kawalan secara gerak isyarat tangan dilakukan tanpa menyentuh skrin. Ia sangat memudahkan rutin harian, misalnya anda sedang menikmati makan malam. Kemudian, terdapatnya panggilan masuk yang perlu dijawab. Gunakan sahaja fungsi ini, panggilan suara dapat dijawab dengan mudah.

Lagi menariknya, terdapat juga fungsi yang dinamakan sebagai Anti Pengintipan Untuk Notifikasi (Anti-Peeping Notification yang memberi penekanan terhadap penjagaan privasi pengguna – terutamanya fail yang berkaitan kerja. Ia adalah ciri pintar yang akan menghalang orang sekeliling untuk mengintip pemberitahuan di peranti pintar anda. Secara ringkasnya, peranti pintar akan mengimbas wajah, kemudiannya menyembunyikan kandungan pemberitahuan sekiranya anda adalah pemilik peranti tersebut. Jika sebaliknya, pemberitahuan berkenaan akan disembunyikan. Dengan ini, privasi anda kini lebih terjaga dengan rapi.


Skrin Cantik Setara Peranti Hebat Lain

Dengan skrin yang besar, pengguna juga boleh menggunakan peranti pintar ini untuk lebih banyak paparan kandungan video atau mesej secara efektif. Seperkara lagi, OPPO Reno7 Pro juga menawarkan panel berteknologi AMOLED sebesar 6.5-inci beresolusi FHD+, sekaligus menjadikannya sangat cantik dan mampu menghidupkan setiap paparan kandungan dengan warna dan butiran cukup baik. Sangat bersesuaian buat mereka yang gemar menstrim kandungan seperti video, podsiar dan sewaktu dengannya. Nikmati sahaja pengalaman kerja dan semua hiburan kegemaran dengan senang hati!


Pengecasan Pantas Berdesup

Jikalau sebelum ini, anda sering dibelenggu dengan rasa kurang selesa akibat perlu menunggu lama untuk proses pengecasan semula peranti. Dengan OPPO Reno7 Pro 5G, sudah semestinya ia tidak akan berlaku lagi. Pengecasan berkuasa output 65W pada peranti pintar ini menjanjikan masa pengecasan penuh sekitar 31 minit sahaja. Pada dasarnya, ia adalah suatu tempoh masa yang pendek dan pengguna tidak perlu menunggu lama atau bersusah payah membuang banyak masa.

Ini sangat berguna dalam membantu memudahkan urusan banyak pihak. Situasi paling mudah, anda meninggalkan OPPO Reno7 Pro 5G sebentar untuk bersiap sebelum ke pejabat. Kemudian setelah semuanya, bateri peranti pintar ini sudah penuh. Seronok bukan? Dalam pada itu, peranti pintar ini turut dibekalkan kapasiti bateri cukup baik iaitu 4,500mAh dan pengecasan pantas 65W SuperVOOC Charging. Menurut OPPO, pengguna boleh mengecas penuh peranti dalam hanya 31 minit sahaja!


Idea Kemasan Ikut Peredaran Semasa

Bercakap mengenai idea tatarias menarik, rasanya tidak keterlaluan untuk mengatakan OPPO adalah antara pengeluar yang sering menampilkan peranti dengan kemasan unik dan sesuatu yang di luar kotak pemikiran. Lihat sahaja pada OPPO Reno7 Pro 5G sendiri. Penggunaan bahan gred aeroangkasa padanya adalah pilihan terbaik OPPO bagi menjadikannya sebuah peranti yang tahan lasak.

Bukan itu sahaja, ia turut sama menghapuskan mimpi ngeri ramai pengguna yang sering mengeluh mengenai masalah kotoran cap jari yang mudah melekat pada panel belakang peranti. Di samping itu, kemasan yang diketengahkan juga adalah sangat bersesuaian buat anda yang mahukan gaya kreativi cukup menyerlah – terutamanya untuk kemasan berwarna Startrails Blue yang lengkap dengan tekstur warna cerun kebiruan dan ia diilhamkan daripada penampakan hujan meteor. Kelebihan lain turut boleh dilihat menerusi ciri pencahayaan seakan RGB dinamakan sebagai Pencahayaan Nafas Orbit (Breathing Light) yang turut menghiasi pada lingkaran modul kamera OPPO Reno7 Pro 5G.


Jadi bagaimana? Kini, kami sudah merungkai satu persatu ciri menarik lain pada siri OPPO Reno7 5G. Boleh dilihat dengan jelas, ia tidak hanya mempunyai kebolehan kamera yang cemerlang dalam kelasnya. Tetapi, peranti pintar ini turut lengkap dengan perisian dan perkakasan dalaman yang baik. Ini termasuklah perisian PC Connect, AI Frame Rate Stabilizer, 65W SuperVOOC Fast Charge dan banyak lagi!

Bagi yang berminat, siri OPPO Reno7 kini telah sedia berada di pasaran. Ia dijual pada harga RM1,999 untuk OPPO Reno7 5G, sementara itu OPPO Reno7 Pro 5G pula berharga RM2,999. Ia boleh didapati menerusi pelbagai platform berbeza seperti kedai atas talian rasmi OPPO, Lazada, Shopee dan pengedar sah mereka di seluruh Malaysia.

Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami