Spotify Blend adalah ciri memadan senarai muzik di antara pengguna berbeza. Jika dua pengguna berbeza menggunakan Blend, senarai muzik akan mempunyai muzik yang digemari oleh setiap pengguna.
Spotify telah mengemaskini senarai main Blend ini untuk menyokong sehingga 10 orang bersama menggunakan satu senarai muzik yang sama. Seorang pengguna perlu menjemput pengguna lain dengan mencari Blend pada Spotify. Selepas pengguna lain menerima jemputan senarai main baharu akan dijana yang menggabungkan muzik-muzik yang sama-sama minat. Jika muzik ditambah, ia akan memaparkan pengguna mana yang menambahnya.

Spotify turut menyediakan card khusus untuk dikongsi kepada media sosial untuk memberitahu pengikut dan rakan senarai muzik anda adalah sama dengan rakan lain atau artis.

Untuk artis ini, Spotify telah bekerjasama dengan BTS, Charli XCX, JO1, Kacey Musgraves, Lauv, Megan Thee Stallion, BE:FIRST, Mimi Webb, NiziU, Tai Verdes, Xamã, Camilo, Diplo, Angèle, Badshah, Kim Loaiza, CRO, Benjamin Ingrosso, Bennett Coast, AB6IX dan ramai lagi untuk menawarkan pengguna senarai muzik yang sama diminati oleh artis-artis ini. Misalnya jika saya pilih BTS anda boleh lihat imej di atas, muzik yang saya gemari turut digemari oleh mereka dan boleh lihat siapa yang tambah muzik dalam senarai ini. Tekan nama-nama artis dalam perenggan ini untuk menjana senarai main bersama dengan mereka.
Jika anda ingin flex kepada orang ramai senarai muzik anda adalah sama dengan artis-artis terkenal atau ingin dedahkan senarai muzik anda yang sama dengan yang tersayang – gunakan ciri Blend ini.