Carian
Casio G-Shock Bertemakan Kiub Rubik Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM729
March 31, 2022 Effi Saharudin

Casio GAE-2100RC-1A telah dilancarkan di Malaysia hari ini dan ia adalah hasil kolaborasi Casio dan Kiub Rubik. Jam tangan ini mengambil rekaan asas jam GA-2100  dengan pilihan enam warna yang boleh ditemukan pada permukaan Kiub Rubik.

Ia masih sebuah jam tangan analog bias G-Shock dengan muka jam berwarna merah, biru dan kuning sementara tubuh pula berwarna putih. Warna oren dan hijau pula digunakan pada teks yang menunjukkan fungsi jam serta tali jam. Casio turut memberikan bezel gantian berwarna hitam sekiranya pengguna ingin menukar warna jam.

Jam masih lagi tahan hentakan dan boleh dibawa menyelam sehingga tekanan 200 meter. Bateri yang digunakan pula boleh bertahan sehingga tiga tahun. Ciri lain ialah lampu LED untuk melihat di waktu malam dan mod 31 zon masa seluruh dunia. Di Malaysia Casio GAE-2100RC-1A akan mula dijual bermula April 2022 pada harga RM729 seutas di kedai atas talian Casio dan stor Casio berhampiran.

Komen