Apple Berhadapan Saman RM23 Bilion Kerana Didakwa Mengenakan Bayaran Aplikasi Berlebihan

Diterbitkan pada Mac 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sekali lagi berhadapan dengan kes saman kali ini di Belanda. Yayasan Tuntutan Persaingan Pengguna (CCCF) memfailkan sama ke atas Apple atas tuduhan mengenakan bayaran berlebihan pembelian aplikasi dan pembelian dalam aplikasi (IAP) menerusi App Store.

Sudah diketahui ramai Apple mengenakan potongan antara 15-30% dengan setiap pembayaran yang dilakukan menerusi App Store. Ini adalah sebab mengapa langganan Spotify misalnya lebih mahal pada peranti Apple berbanding Android. CCFA ingin meminta bayaran ganti rugi $5.5 bilion (RM23 bilion) bagi pihak pengguna iPhone dan iPad di Eropah yang dikenakan bayaran lebih oleh Apple selama ini.

Ini bukan saman pertama dikenakan ke atas Apple atas sebab yang sama. Di Belanda mereka sudah disaman $50 juta kerana masih mengambil peratusan bayaran untuk aplikasi mencari jodoh walaupun selepas menerima arahan mahkamah negara tersebut.

komen


© Amanz / 2022 Kami