Cari @ Amanz

Gboard adalah aplikasi papan kekunci yang kini wajib saya gunakan pada mana-mana peranti saya. Saya lebih gemar menggunakan Gboard pada peranti Android kerana ia lebih padat dengan ciri menarik berbanding iOS.

Sejak kebelakangan ini, Google banyak memfokuskan penggunaan emoji pada Gboard. Saya sedari sejak mereka mengembangkan ciri Emoji Kitchen untuk menjana pelekat daripada gabungan pelbagai emoji. Kini mereka dilihat sedang menguji ciri “menterjemah” atau mengubah teks menjadi emoji dengan menekan ikon tongkat sakti.

Apabila pengguna menaip sesuatu misalnya mengucap “Selamat Pagi”, “senyum”, dan lain-lain lagi – dengan menekan ikon tongkat sakti ia boleh menambah emoji di antara perkataan atau boleh gantikan keseluruhan teks terus kepada emoji sahaja. Ciri ini digelar sebagai Emojify dan hanya boleh digunakan pada pengguna terpilih dan menurut beberapa sumber, mereka yang menggunakan bahasa Inggeris sahaja besar kemungkinan dapat mengujinya terlebih dahulu.

Saya menggunakan versi beta pun masih tidak nampak kewujudan ciri ini. Jika anda ingin gunakannya, kemaskini sahaja Gboard ke versi baharu atau pasang versi beta dan harapkan ciri ini akan muncul dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd