Cari @ Amanz

Siri Samsung Galaxy S21 Kini Boleh Dikemaskini Untuk Menggunakan Rangkaian 5G Tempatan

Oleh Nazrin

Link Copied!

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan bahawa siri peranti Samsung Galaxy S21, yang termasuklah peranti Samsung Galaxy S21, Samsung Galaxy S21+ dan Samsung Galaxy S21 Ultra sudahpun dikemaskini untuk menggunakan rangkaian 5G tempatan.

Pengguna hanya perlu mengemaskini peranti mereka dengan perisian Samsung One UI 4.1 dan juga memasang kemaskini sekuriti 1 Mac yang telahpun mula hadir untuk mengaktifkan sokong rangkaian 5G pada peranti tersebut.

Dalam ujian kami di sekitar Putrajaya hari ini dengan menggunakan kad sim 5G oleh Yes, kami telah mengesahkan bahawa peranti tersebut boleh mula menggunakan rangkaian internet pantas 5G yang dibangunkan dan dilancarkan oleh syarikat Digital Nasional Berhad tempohari.

Samsung Malaysia juga mengesahkan bahawa peranti ini akan menyokong rangkaian 5G oleh syarikat-syarikat telekomunikasi lain apabila mereka melancarkan pelan 5G mereka sendiri kelak.


Komen ()