Samsung Malaysia Akan Menambahkan Sokongan Rangkaian 5G Kepada Sejumlah Siri Peranti Tambahan Di Masa Akan Datang

Diterbitkan pada Mac 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan bahawa siri peranti Samsung Galaxy S21 mereka, yang merangkumi peranti Galaxy S21, Galaxy S21+ dan juga Samsung Galaxy S21 Ultra sudahpun boleh mula menyokong rangkaian 5G tempatan.

Mereka juga berkata bahawa mereka kini sedang dalam proses untuk menguji kestabilain rangkaian 5G pada sejumlah peranti-peranti pintar mereka yang lain dengan sokongan untuk rangkaian tersebut.

Samsung Galaxy S10 5G

Buat masa ini, Samsung Malaysia belum mengesahkan senarai rasmi semua peranti-peranti yang akan menerima kemaskini sokongan ini, tetapi mereka turut mengatakan bahawa mereka akan cuba untuk memastikan semua peranti Samsung dengan sokongan 5G yang dijual di Malaysia boleh menyambung kepada rangkaian tersebut di masa akan datang.

Buat masa ini, ia dilihat bahawa hanya syarikat telekomunikasi Yes menyediakan pelan rangkaian 5G buat masa ini, dengan syarikat-syarikat telekomunikasi lain dijangka akan memperlihatkan pelan rangkaian 5G mereka di masa akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami