Google ialah enjin carian utama dunia dan oleh itu menjadi sumber utama apabila jawapan mengenai sesuatu topik dicari. Tetapi kerap kali apa yang dicari masih belum cukup tepat dan dalam situasi tertentu carian yang kudus diberikan pula keputusan carian yang dewasa. Google kini menggunakan pembelajaran mesin MUM yang boleh memberikan keputusan yang lebih tepat.
Dengan mengambil kira konteks, Google Search boleh memberikan maklumat bantuan kepada mangsa keganasan rumah tangga, serangan seksual, individu dengan masalah ketagihan dan banyak lagi. Carian yang lebih tepat ini akan membolehkan golongan ini mencari bantuan yang berdekatan dengan mereka.
MUM boleh digunapakai untuk carian pelbagai bahasa kerana dilatih menggunakan 75 bahasa utama dunia. Dalam bulan-bulan mendatangkan sistem MUM akan dikembangkan penggunaannya ke peringkat global secara berperingkat bagi meningkatkan ketepatan maklumat yang dicari.
Bagi mengelakkan keputusan carian yang mengejutkan (kandungan dewasa atau ganas), Search telah lama memberikan pilihan Safe Search. Tetapi dengan penggunaan kecerdasan buatan BERT, Google berkata kejutan dapat dikurangkan walaupun Safe Search tidak diaktifkan. Tahun lalu misalnya BERT mengurangkan kemunculan keputusan carian yang mengejutkan sehingga 30%.