Cari @ Amanz

Twitch kini mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi desktop untuk Twitch pada 30 April 2022 kelak.

Dengan langkah ini, aplikasi desktop Twitch untuk Mac dan Windows tidak lagi akan ditawarkan selepas tarikh tersebut.

Twitch Desktop Beta

Twitch mengatakan langkah ini diambil berdasarkan kombinasi penggunaan dan juga maklumbalas pengguna. Ia juga dijangka akan membenarkan pihak Twitch untuk terus melabur dalam menambah-baik ciri-ciri lain, termasuk membangunkan komuniti dan penghasil kandungan.

Sebagai alternatif, Twitch meminta pengguna menggunakan pelayar web dan mengakses Twitch.tv.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd