Kerajaan Akan Beri Kredit RM150 Kepada Belia Melalui BigPay, GrabPay, ShopeePay Dan TNG eWallet
March 31, 2022
Kewangan
Aman
Kementerian Kewangan Malaysia kini mengumumkan inisiatif etunai yang dinamakan ePemula akan menawarkan kredit sebanyak RM150 melalui empat dompet digital terpilih di Malaysia – iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan juga Touch n Go eWallet.

Melalui program ini, sekitar dua juta belia akan menerima kredit sebanyak RM150 setiap seorang. Ia meliputi mereka yang berusia 18 ke 20 tahun, dan para pelajar sepenuh masa di IPT.
Program ePemula ini akan dimulakan bermula pertengahan bulan April ini, termasuk pendaftaran dan penebusan kredit melalui dompet digital.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan kaedah penebusan daripada para penyedia dompet digital tidak lama lagi.