Pengerusi TSMC Mengatakan Permintaan Untuk Telefon Pintar Dan PC Semakin Berkurangan

Diterbitkan pada Mac 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Permintaan untuk peranti elektronik seperti telefon pintar, PC dan TV akan berkurangan akibat peperangan dan pandemik yang sedang berlaku sekarang menurut Mark Liu, pengerusi TSMC. Kenyataan diberikan ketika acara Persatuan Industri Semikonduktor Taiwan menurut laporan Nikkei Asia.

Kos komponen yang semakin meningkat akan menyebabkan harga peranti elektronik juga meningkat yang akibatnya akan ditanggung oleh pengguna. Jualan akan terjejas dan permintaan akan menurun. Impak krisis Ukraine dan pandemik sudahpun dapat dilihat baru-baru ini apabila Apple dilaporkan mengurangkan pengeluaran iPhone SE 2022 sehingga 3 juta unit dan AirPods pula sehingga 10 juta.

komen


© Amanz / 2022 Kami