Carian
Tiada Kaitan Antara Tumor Otak Dan Penggunaan Telefon Mudah Alih Menurut Kajian Oxford
March 31, 2022 Effi Saharudin

Semasa pandemik bermula wujud teori dangkal mengatakan Covid-19 berlaku kerana pengaktifan rangkaian 5G. Vaksin pula mengandungi cip penjejak 5G yang kemudiannya digunakan illuminati untuk mengawal pergerakan manusia. Tetapi sebelum kesemua teori konspirasi ini popular, wujud teori kononnya penggunaan telefon mudah alih menyebabkan tumor pada otak.

Tetapi kajian jangka panjang University of Oxford tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon mudah alih dan tumor otak. Kajian Million Women Study yang dilakukan sejak pertengahan 1990 berterusan sehingga sekarang dengan lebih 700,000 peserta wanita. Dari jumlah ini hanya 3268 peserta sahaja kemudiannya menghidap tumor otak. Sungguhpun begitu apabila tabiat harian diteliti, tiada kaitan antara penggunaan telefon dengan kewujudan tumor.

ARM Otak

Namun begitu penyelidik berkata data masih perlu diteliti kerana hanya 20% peserta mengaku menggunakan telefon mudah alih melebihi 30 minit seminggu. Peserta juga tidak terdiri daripada golongan lebih muda yang menggunakan telefon pintar untuk tempoh lebih lama. Teknologi selular moden tidak memerlukan kuasa isyarat radio yang tinggi dengan setiap telefon pintar sekarang mematuhi tahap emisi maksimum yang dibenarkan.

Sungguhpun begitu dengan tiadanya peningkatan jumlah tumor otak, mata, dan telinga sejak pengenalan telefon selular di dunia, teori konspirasi ini juga tidak berasaskan fakta.

Komen