Acara Microsoft Build 2022 disahkan akan berlangsung pada 24-26 Mei ini kekal secara atas talian. Ini menjadikannya acara ketiga dilakukan secara atas talian sepenuhnya akibat pandemik tidak secara sua muka di Seattle.

Kerana acara dilakukan secara maya, Microsoft akan menawarkan kandungan yang khusus untuk pasaran Pernacis, Jerman, Jepan, Amerika Latin dan UK. Penstriman juga akan boleh diakses oleh penonton global mengikut waktu tempatan tanpa perlu bersengkang mata seperti burung hantu.
Acara akan bersiaran langsung pada 24 Mei jam 11:30 malam waktu Malaysia. Dengan Windows 11 telahpun dilancarkan, pada acara ini Microsoft pasti akan memperlihatkan ciri-ciri dan fungsi baharu yang akan diperkenalkan pada sistem operasi ini khusus untuk pembangun.