Airbus Berjaya Menerbangkan A380 Dengan Bahan Api Berasaskan Minyak Masak

Diterbitkan pada Apr 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kos bahan api semakin meningkat sejak enam minggu kebelakangan ini akibat konflik di Ukraine. Syarikat penerbangan sudah mula mengenakan surcaj bahan api ke atas tiket penumpang. Bahan api yang lebih lestari telah lama dicari bagi mengurangkan penggantungan kepada petroleum. Minggu lalu sebuah Airbus A380, yang juga adalah pesawat penumpang terbesar dunia berjaya diterbangkan menggunakan bahan api lestari berasaskan minyak masak dam lemak.

Sebanyak 27 tab Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF) digunakan pada sebuah A380 dalam penerbangkan dari Lapangan Terbang Blagnac di Toulouse Perancis yang berlangsung selama tiga jam. Ini adalah kali pertama A380 terbang dengan bahan api bio yang mesra alam. Sebelum ini ia berjaya digunakan pada sebuah Airbus A350 dan Airbus A319neo.

Dengan kejayaan ini Airbus menyasarkan kesemua kapal terbang keluaran mereka boleh menggunakan bahan api bio 100% menjelang 2030.

Sumber – Airbus [/sumber[]

komen


© Amanz / 2022 Kami