Cari @ Amanz

Nothing Mengacah Pengumuman Mengenai Phone (1) Esok

Link Copied!

Nothing sebentar tadi menghantar ciapan yang memberikan petanda sebuah pengumuman khas akan dilakukan esok. Berdasarkan imej yang dihantar, ia berkenaan Nothing Phone (1) yang sebelum ini dijanjikan akan tiba pada musim panas kelak kerana dapat dilihat rekan dagu, kekisi audio dan port pengecasan USB-C peranti.

Imej acah turut mengesahkan telefon pintar Nothing OS ini akan dilengkapi skrin melengkung pada bahagian sisi dengan bezel yang nipis. Pelancarannya amat dinantikan kerana ramai melihat Nothing sebagai pengganti sebenar OnePlus yang sudah tidak lagi seperti dahulu sejak Carl Pei meninggalkan syarikat. Apakah sebenarnya akan didedahkan akan hanya diketahui esok.


Komen ()