Cari @ Amanz

Apple Malaysia kini telah mula menawarkan tablet terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu iPad Air 2022.

Apple iPad Air ini hadir dengan rekaan yang nipis, dan menariknya kini ia menyertakan sokongan rangkaian 5G. Tidak itu sahaja, tablet ini turut dijana dengan cip berkuasa tinggi, Apple M1 – yang turut digunakan pada MacBook keluaran Apple.

Dengan pemprosesan tinggi ini, ia sekaligus membolehkan anda melakukan sejumlah tugasan berat – termasuk penyuntingan video. iPad Air juga turut hadir dengan sokongan USB-C yang kini menawarkan kadar pemindahan dua kali ganda berbanding sebelum ini.

Apple juga kini membawakan ciri Center Stage ke tablet iPad Air, membolehkan ia digunakan untuk fokus ketika melakukan panggilan video. Disamping itu, tablet ini turut menyokong input berasaskan Apple Pencil generasi kedua.

Di Malaysia, iPad Air ditawarkan pada harga bermula RM2699 untuk model WiFi, sementara bermula RM3349 untuk model selular 5G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd