Apple iOS 15.4.1 Hadir Mengatasi Masalah Bateri Cepat Habis

Diterbitkan pada Apr 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini iOS 15.4.1 untuk iPhone, dan juga iPadOS 15.4.1. Kemaskini ini menawarkan beberapa penambah-baikkan baharu pada sistem operasi berkenaan.

Apple memfokuskan kepada kemaskini sekuriti melaluinya, mengatasi masalah kerentanan yang aktif disalah-gunakan.

Pada masa yang sama, kemaskini ini juga turut mengatasi masalah bateri cepat habis pada iPhone sejak penawaran iOS 15.4.

Bagi anda yang menggunakan iPhone dan iPad, boleh mengemaskini peranti anda hari ini, sekaligus mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami