Google Pixel 6a pastinya akan dilancarkan di acara Google I/O yang akan berlangsung pada bulan Mei kelak. Imej pengolokan peranti berdasarkan lukisan CAD telah tertiris sejak penghujung tahun lalu. Hari ini rekaan kotaknya telah tertiris mengesahkan ura-ura yang didengari selama ini.
Rekaan bonggol kamera adalah sama seperti Pixel 6 yang memanjang dengan dapat dilihat penggunaan dwi-kamera. Bingkai logam nampaknya digunakan bersama dengan butang laras audio dan kuasa pada sisi kanan. Tidak diketahui lagi apakah spesifikasinya tetapi besar kemungkinan dengan cip Google Tensor baharu. Kesemua persoalan mengenai Pixel 6a akan terjawab sepenuhnya di Google I/O kelak.