Infinix Smart 6 Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Apr 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, Infinix telah mengacah kehadiran sebuah peranti baharu buat pengguna di Malaysia. Menapati jangkaan, peranti pintar berkenaan adalah Infinix Smart 6 dan ia bakal ditawarkan di Malaysia pada minggu hadapan iaitu bermula 4 April 2022. Peranti pintar ini boleh didapati menerusi kedai atas talian rasmi Infinix di Lazada dan Shopee. Sungguhpun begitu, harga jualan untuknya masih belum didedahkan setakat artikel ini ditulis.

Bercakap lebih lanjut mengenai peranti pintar ini, ia memfokuskan terhadap penggunaan asas pembelajaran. Di samping, turut menyertakan sejumlah spesifikasi yang selari dengan tujuan berkenaan seperti bateri dan paparan skrin yang besar. Peranti pintar ini turut telah dilancarkan terlebih dahulu di beberapa pasaran luar. Ia dilengkapi spesifikasi kelas permulaan menerusi cip Unisoc SC9863A. Skrin pula sebesar 6.6-inci IPS TFT beresolusi HD+ yang dipadankan dengan dwi-kamera dengan sensor utama 8MP, pengimbas cap jari fizikal, bateri 5000mAh dan menjalankan Android 11 (Go Edition).

Sumber : Infinix Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami