Cari @ Amanz

AMD Membuka Fasiliti Penyelidikan Dan Pembangunan Teknologi Pusat Data Di Pulau Pinang

Oleh Nazrin

Link Copied!

Selain daripada cip pemprosesan Ryzen yang sangat popular digunakan oleh pengguna komputer tegar di seluruh dunia, AMD juga cukup terkenal untuk siri cip pemprosesan pusat data EPYC mereka yang juga digunakan oleh pelbagai syarikat yang memerlukan kebolehan pemprosesan yang berkuasa untuk menampung beribu, jika tidak berjuta pelanggan dan proses yang berlaku setiap hari.

Terkini, AMD Malaysia telah membuka fasiliti Server Platform Solutions Engineering (SPSE) di Pulau Pinang khas untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi pusat data menggunakan teknologi cip pemprosesan EPYC mereka.

Pulau Pinang dipilih sebagai pusat penyelidikan SPSE ini kerana negeri tersebut dilihat mempunyai ramai jurutera dengan pengalaman dalam industri cip pemprosesan, mesin pelayan dan pusat data yang boleh membantu AMD dalam memastikan bahawa cip-cip pemprosesan EPYC mereka boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cekap dan berkuasa.

Dengan fasiliti ini, AMD dilihat akan membangunkan mesin-mesin pelayan yang bukan sahaja hadir dengan teknologi-teknologi terbaru pusat data AMD, tetapi juga membantu para pelanggan mereka untuk membangunkan solusi jangka masa pendek dan juga panjang bergantung kepada keperluan mereka.


Komen ()