Cari @ Amanz

Redmi Curved Display Monitor Hadir Dengan Skrin 30-Inci Dan Menyokong Paparan 200Hz

Link Copied!

Redmi di China baru-baru ini meneruskan usaha mereka untuk menawarkan pengguna kelengkapan komputer. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang aktif dengan permainan video. Redmi telah melancarkan Redmi Curved Display Monitor iaitu monitor 30-inci dengan skrin melengkung.

Monitor ini adalah jenis lebar dengan resolusi WFHD serta menyokong kadar segar semula 200Hz. Nisbah paparan adalah 21:9, menyokong AMD FreeSync Premium, menggunakan lengkungan 1800R, boleh memaparkan warna 126% sRGB, 8-bit, nisbah kontras 3000:1 dan turut menyokong DC Dimming.

Seperti kebanyakan monitor Redmi yang sedia ada, Redmi Curved Dislpay ini turut menggunakan rekaan bezel nipis. Kaki monitor juga boleh digunakan untuk kemasan kabel dan ia boleh ditoleh untuk ubah posisi ke sudut yang sesuai dengan mata pengguna. Akhir sekali ia menyertakan port sambungan 2x HDMI dan 1x DP.

Harga jualan adalah RMB1,299 iaitu sekitar RM861 dan ia terhad di pasaran China sahaja buat masa ini.


Komen ()