Xiaomi Menguji Fungsi Amaran Awal Gempa Bumi Untuk Pengguna Di Indonesia

Diterbitkan pada Apr 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kebelakangan ini, Indonesia telah memperlihatkan sejumlah gempa bumi pada skala yang agak tinggi, dimana salah satu daripadanya dapat dirasakan dari Semenanjung Malaysia.

Dengan ini, Xiaomi dilaporkan sedang bekerjasama dengan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia untuk memperkenalkan fungsi amaran awal gempa bumi untuk para pengguna peranti tersebut di negara itu.

Fungsi ini dinamakan Earthquake Early Warning (EEW) dan ia akan memberikan amaran awal kepada para pengguna peranti Xiaomi secara mesej dan juga bunyi amaran apabila ia mendapati bahawa sebuah gempa bumi akan berlaku.

Xiaomi dan BMKG dilihat menggunakan gelombang elektrik untuk mengesahkan ketibaan gempa bumi ini, yang dilihat lebih pantas berbanding dengan gelombang sekunder. Amaran yang akan dipaparkan oleh fungsi EEW ini termasuklah lokasi dimana gempa bumi tersebut berlaku dan juga skala kekuatan gempa bumi tersebut, membolehkan orang ramai membuat keputusan awal bergerak ke tempat yang selamat sebelum bencana tersebut melakukan kerosakan teruk.

Fungsi EEW ini dikatakan masih lagi berada dalam fasa ujian, dan Xiaomi telah mula untuk memberi para pengguna mereka di Indonesia pilihan sama ada mereka mahu terlibat dengan ujian pembangunan fungsi ini ataupun tidak.

komen


© Amanz / 2022 Kami