Cari @ Amanz

Yes kini melanjutkan lagi penawaran data percuma untuk rangkaian 5G – selari dengan langkah DNB yang mengumumkan akan melanjutkan ia sehingga penghujung Jun 2022 kelak. Walaubagaimanapun, pihak Yes tidak menyatakan bilakah penggunaan data percuma untuk 5G ini akan ditamatkan oleh mereka.

Sebelum ini, Yes menawarkan kad SIM percuma, bersama data untuk 5G secara percuma sehingga 31 Mac 2022. Kini, mereka melanjutkan lagi tempoh percuma berkenaan – membolehkan para pengguna Yes turut menikmati penggunaan akses data percuma untuk rangkaian 5G sehingga suatu tempoh kelak.

Bagi anda yang berada di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya, boleh mendapatkan kad SIM Yes 5G secara percuma, dan mencubanya bersama beberapa peranti yang disokong hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd