Cari @ Amanz

Infinix Smart 6 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM369

Link Copied!

Infinix sedia mengacah kehadiran peranti baharu untuk pasaran tempatan pada minggu hadapan. Melaluinya, Infinix Smart 6 bakal diumumkan dan ia merupakan peranti berspesifikasi asas yang memfokuskan terhadap penggunaan asas pembelajaran.

Enggan terus berteka-teki, harga jualan rasmi kini dikongsi dan ia ditawarkan pada harga RM369. Namun begitu, ia masih boleh dibeli pada harga promosi lebih rendah iaitu RM329 untuk masa terhad. Promosi tersedia di antara tarikh 4 hingga 8 April 2022 di Lazada dan Shopee.

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Smart 6 hadir dengan skrin sebesar 6.6-inci IPS TFT beresolusi HD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan janaan cip janaan cip Unisoc SC9863A, dwi-kamera dengan sensor utama 8MP, pengimbas cap jari fizikal, bateri 5000mAh dan menjalankan Android 11 (Go Edition).

Sumber : Infinix Malaysia


Komen ()