Cari @ Amanz

Vivo Y33T Kini Rasmi Di Malaysia – Berharga RM999

Link Copied!

Barisan peranti pintar Vivo di bawah siri Y untuk pasaran Malaysia telah dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya, Vivo Y33T diperkenalkan dengan tanda harga RM999. Bagi yang berminat, ia sudah boleh didapati menerusi beberapa saluran berbeza seperti kedai atas talian rasmi Vivo, Lazada, Shopee dan pengedar sah mereka di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y33T dilengkapi skrin sebesar 6.58-inci IPS LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Kamera utama terdiri dengan tri-kamera 50+2+2 MP dan kamera swafoto 16MP. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 12 dengan pelancar FuntouchOS 12. Terdapat juga pengimbas cap jari sisi pada butang kuasa dan bicu audio 3.5m


Komen ()