Cari @ Amanz

Kita sedia melihat sejumlah penawaran berasaskan pelayar web dibangunkan pembangun bebas – selari dengan perkembangan teknologi baharu.

Terbaru, seorang pembangun bebas turut hadir dengan penawaran mencuba dua sistem operasi klasik Apple, iaitu Mac OS 7 dan juga Mac OS 8 terus pada pelayar web. Anda hanya perlu ke laman MacOS8.app untuk mencuba Mac OS 8, sementara untuk mencuba Mac OS 7, anda hanya perlu ke laman system7.app.

Ia dibangunkan menggunakan pelagak web Basilisk II, dan berfungsi dengan lancar dan pantas terus melalui pelayar web.

Melalui pelagak berasaskan web ini, ia sekaligus membolehkan anda mendapat gambaran bagaimana sistem operasi yang diperkenalkan pada 1991 (Mac OS 7) dan juga Mac OS 8 yang diperkenalkan pada 1997 beroperasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd