Cari @ Amanz

Apple Mungkin Perkenal Peranti Hibrid iPad Dan iPhone Seawal 2025 – iPad Boleh-Lipat Jadi iPhone?

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan industri peranti mudah-alih beralih kepada penggunaan skrin boleh-lipat, pihak Apple turut tidak ingin ketinggalan. Ia sedia diperkatakan Apple akan hadir dengan penawaran iPhone boleh-lipat, dan kini Ming-Chi Kuo berkongsi lanjut berkenaan ramalan dan jangkaan beliau.

Ia dijangka Apple akan memperkenalkan produk pertama dengan panel boleh-lipat menjelang 2025 kelak. Produk yang bakal diperkenalkan dijangka akan menjadi produk hibrid antara iPad dan juga iPhone.

Secara kasar, ia mungkin adalah sebuah tablet bersaiz mini, tetapi apabila dilipat, ia membentuk sebuah iPhone.

Dengan langkah ini, pengguna boleh mendapatkan dua produk dalam satu – sekaligus menggunakannya untuk tujuan produktiviti dan juga komunikasi dengan mudah.

Buat masa ini, ia sekadar spekulasi dan jangkaan awal. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dalam arena ini daripada Apple tidak lama lagi.


Komen ()