Digi kini hadir dengan penawaran khusus bersempena Ramadan, iaitu Pas Data Sahur. Melaluinya, anda boleh melanggan data tambahan untuk pelan prabayar atau pascabayar Digi, sekaligus menggunakannya antara tempoh 3 pagi ke 7 pagi setiap hari.
Pas Data Sahur ini ditawarkan untuk digunakan selama 7 hari untuk setiap langganan, pada harga RM7. Melaluinya, ia menawarkan akses data tanpa had laju, dengan kuota sebanyak 444GB.
Ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan – termasuk panggilan video, strim video ceramah, kongsi resipi dan sebagainya. Namun, pas ini tidak boleh digunakan untuk perkongsian.
Bagi anda yang menggunakan Digi, boleh melanggan Pas Data Sahur ini melalui aplikasi MyDigi.