Cari @ Amanz

Pihak MySejahtera kini telah mengeluarkan peringatan melalui media sosial, meminta para pengguna aplikasi MySejahtera untuk mengemaskini tarikh lahir.

MySejahtera mengatakan kegagalan mengemaskini tarikh lahir ini boleh menyebabkan status vaksinasi akan ditukarkan kepada tidak lengkap vaksinasi atau tidak divaksinasi.

Pihak MySejahtera juga turut mengingatkan pengguna untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera dalam boleh menggunakan ciri-ciri terbaru pada aplikasi berkenaan.

Anda boleh mengemaskini tarikh lahir anda pada aplikasi berkenaan dengan ke halaman “Profil”, tekan pada ikon menu di penjuru atas kanan, dan memilih “Butiran Peribadi Saya”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd