Carian
Facebook Bakal Menambah Paparan Koleksi Digital (NFT) Pada Profil
April 3, 2022 Aman

Facebook sedia menyatakan bakal menyertakan sokongan NFT pada platform mereka, dan kini melalui kod pembangunan pada aplikasi, ia dilihat Facebook menyertakan sebuah bahagian khusus dibawah Facebook Photos, dinamakan “Koleksi Digital”.

Berkemungkinan besar ia merujuk kepada apa yang dikenali ramai sebagai NFT pada hari ini.

Ia bakal membolehkan pengguna memaparkan pelbagai koleksi mereka dengan mudah pada bahagian Facebook Photos.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bagaimana Facebook akan menyertakan kemudahan untuk menghubungkan rantaian-blok berbeza dibawah profil seseorang.

Selain Facebook, pihak Instagram turut sedang membangunkan ciri lebih kurang sama pada aplikasi mereka.

Komen