Android 13 Mungkin Memulakan Era Telefon Tanpa Slot Kad SIM

Diterbitkan pada Apr 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita sedia melihat peralihan saiz kad SIM dari mikro, mini ke nano – sehinggalah intergasi pengenalan eSIM. Seterusnya, dengan perkembangan teknologi, kita mungkin melihat telefon pintar tidak lagi menyertakan slot kad SIM fizikal, sebaliknya bergantung sepenuhnya pada cip yang hadir terbina seperti eSIM.

Melalui Android 13 kelak, Google dijangka akan mengintegrasikan sokongan menggunakan dua rangkaian selular berbeza melalui eSIM. Perkara ini mungkin dijayakan dengan membahagikan antaramuka eSIM kepada dua rangkaian berbeza.

Sekiranya hal ini berjaya, ini akan membolehkan pengeluar peranti tidak lagi menyertakan slot SIM fizikal pada telefon keluaran mereka. Ruangan tambahan ini boleh digunakan untuk beberapa perkakasan tambahan lain untuk disertakan pada telefon pintar yang dipasarkan.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan Android 13 akan datang – dan bagaimana ia bakal mengubah dunia telefon pintar kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami