Carian
Realme 9 4G Akan Dilengkapi Skrin Super AMOLED 90Hz, Kamera 108MP – Pelancaran Tidak Lama Lagi
April 4, 2022 Amy Maizuraa

Siri Realme 9 sedia hadir dengan beberapa penawaran berbeza. Ini termasuklah Realme 9i, Realme 9 5G, Realme Pro 5G dan Realme 9 Pro+ 5G. Kesemua peranti pintar ini hadir dengan spesifikasi yang berbeza bagi menjadikannya menarik dalam kelasnya, sekaligus dapat memenuhi keperluan pengguna masa kini.

Terbaharu, Realme dalam persediaan untuk mengemaskini siri berkenaan. Melaluinya, Realme 9 4G bakal diumumkan dan acara pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 7 April 2022. Melihat beberapa ime yang tular, peranti pintar dikatakan hadir dengan sensor Samsung ISOCELL HM6 sebesar 108-megapixel. Melaluinya, Realme dikhabarkan bakal memperkenalkan kebolehan kamera serba baru dikenali sebagai ‘ProLight”.

Di mana, sensor yang digunakan dikatakan mampu menerima 123% lebih banyak cahaya berbanding HM2. Ia kemudiannya diiklankan lengkap dengan kebolehan fokus yang lebih baik. Di samping, turut sama dipadankan dengan sensor sudut-lebar bersama sudut pandang mencapai 120 darjah dan sensor makro yang tidak diketahui mengenai konfigurasinya.

Setakat artikel ini ditulis, tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasi pada peranti ini. Tetapi, ia dikatakan bakal hadir dengan skrin Super AMOLED 90Hz bersama padanan sistem imbasan jari terbina pada skrin. Bukan itu sahaja, peranti pintar juga akan tersedia dalam beberapa pilihan warna seperti Sunburst Gold, Stargaze White dan Meteror Black. Seperti biasa, segala penawaran lanjut pada peranti bakal kita ketahui selepas ia dilancarkan secara rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Realme India

Komen