Cari @ Amanz

Kenapa Pengguna Shopee Suka Peranti Mercu realme Yang Mesra Alam Ini

Link Copied!

Bermula tahun 2018 lagi, realme dilihat memainkan peranan yang aktif dalam menawarkan inovasi teknologi hijau pada peranti-peranti mereka sehinggalah sekarang. Inisiatif ini dilihat selari dengan perkembangan industri teknologi yang semakin hari semakin mementingkan penggunaan teknologi kitar semula dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan sumber alam semula jadi.

Bagi anda yang sering mengikuti arus pemodenan teknologi dan juga pengikut tegar realme, semestinya sedia tahu bahawa realme membawakan rekaan yang menggunakan bahan mesra alam pada realme GT2 Pro mereka. Melalui penawaran sebegini, realme menyatakan bahawa telefon pintar ini telah menerima sambutan yang baik bagi rakyat Malaysia, terutamanya dari pengguna Shopee. Ini kerana menurut realme, telefon realme GT2 Pro ini telah digelar sebagai Telefon Pintar Nombor Satu Yang Terlaris Di Shopee bagi kategori peranti atas RM2,500.

Jika anda tertanya-tanya apakah keunikan yang ada pada realme GT2 Pro ini sehinggakan ia berjaya menjadi telefon terlaris bagi kelasnya, segalanya akan terungkai di dalam artikel kali ini.

Hasil Idea Kreatif Dari Nauto Fukasawa

Buat sekian kalinya, realme telah bekerjasama dengan Nauto Fukasawa untuk rekaan realme GT2 Pro ini yang membawakan konsep Paper Tech Master Design. Menurut Fukasawa, rekaan ini diinspirasikan daripada kertas dan antara elemen yang ingin diketengahkan pada rekaan ini adalah kertas yang premium, kemas dan ringan. Jadi jika diletakkan di tangan, anda akan rasa ia sedap dipegang dan membolehkan anda membuat cengkaman yang baik kerana ia mempunyai tekstur rivet kecil dan corak herringbone di panel belakang peranti. Oleh itu, ia tidak terlalu licin untuk dipegang.

Membawakan Rekaan Yang Mesra Alam

Dalam era yang sedang mengalami fasa pemanasan global ini, lebih ramai di antara kita yang rela untuk mengorbankan sesuatu gaya hidup yang biasanya kita lakukan asalkan ia tidak mengorbankan sumber alam yang semakin lama semakin berkurangan. Kita lebih rela menggunakan bahan kitar semula daripada menggunakan sumber asli. Inisiatif ini disokong oleh ramai individu dan organisasi, termasuklah realme.

Rekaan realme GT2 Pro ini adalah hasil kerjasama realme dengan SABIC dalam usaha untuk mengurangkan jejak karbon sehingga 35.5% dan pengurangan CO2 sehingga 2 kilogram. Menurut realme, model realme GT2 Pro ini juga adalah telefon pintar pertama yang menerima pengiktirafan daripada TCO9.0. Pengiktirafan ini bermaksud telefon pintar ini memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti aspek keselamatan, mesra pengguna, penggunaan sumber alam sekitar yang memadai dan banyak lagi. Malah, realme juga menyatakan bahawa mereka berjaya mematuhi sehingga 40 kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak TCO untuk membolehkannya menerima pengiktirafan ini.

Bukan sekadar rekaan telefon sahaja yang direka dengan bahan kitar semula, malah kotak bungkusannya juga dikatakan berjaya mengurangkan penggunaan plastik daripada 21.7% sehingga 0.3%. 100% dakwat daripada kacang soya juga digunakan bagi cetakan-cetakan yang ada pada kotak ini. Melalui penggunaan bahan-bahan ini pada rekaan peranti, ia sedikit sebanyak membantu kita untuk menikmati sumber alam semula jadi bagi satu jangka masa yang lebih lama.

Harganya Yang Kompetitif Menjadikan Spesifikasi Padatnya Digemari

Secara ringkasnya, realme GT2 Pro ini dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1, kamera daripada Sony IMX 766 OIS, bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 65W SuperDart Charge serta juga saiz memori dan storan sebesar 12/256GB. Harganya juga kompetetif, iaitu RM2999 untuk pasaran Malaysia. Tetapi disebabkan jualan pertamanya ditawarkan dengan harga promosi iaitu serendah RM2599, mungkin ini juga adalah antara salah satu faktor mengapa realme GT2 Pro ini berjaya dijual sehingga 1000 unit dalam masa 24 jam.

Ini kerana ia bukan sahaja mempunyai spesifikasi yang premium dan kompetitif dengan peranti Snapdragon 8 Gen 1 yang lain, malah ia juga adalah sebuah telefon dengan rekaan yang berkonsepkan kitar semula. Rekaan sebegini sedikit sebanyak membantu menjayakan inisiatif dunia ke arah kelestarian tenaga hijau. Oleh itu, bagi anda yang berminat, boleh dapatkan peranti mercu realme yang terbaru ini melalui pengedar-pengedar rasmi realme di seluruh Malaysia, termasuk juga kedai atas talian mereka di Shopee. Dapatkan telefon pintar ini sekarang untuk menyokong inisiatif dunia teknologi dalam penawaran teknologi yang lebih mesra alam.

Penafian : Advertorial daripada realme Malaysia


Komen ()