Twitter Untuk Android Mula Menyertakan Ciri Pilih Teks Ciapan Dan Salin Seperti iOS

Diterbitkan pada Apr 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pernah atau tidak anda nampak ciapan yang menarik di Twitter dan anda ingin salin dan tampal pada platform lain? Di iOS ia mudah dilakukan, teks boleh dipilih dan akan ada pilihan salin, cari, pilih semua atau terjemah. Tetapi Android, jika ciapan ditekan lama-lama hanya akan mengeluarkan salinan teks telah berjaya disalin pada papanklip.

Pembangun bebas terkenal yang kerap mendedahkan ciri tersembunyi dalam banyak aplikasi media sosial, Jane Manchun Wong telah menemui yang Twitter untuk Android turut sedang bersedia menyertakan ciri salinan teks yang sama dengan iOS. Teks pada ciapan boleh dipilih dan akan ada pilihan salin, pilih semua atau kongsi. Mungkin bergantung kepada pengeluar peranti akan ada pilihan lain seperti terjemahan dan sebagainya.

Buat masa ini tidak pasti Twitter untuk Android versi mana yang menyokong ciri ini. Saya yang menggunakan versi Alpha dan Beta terkini masih belum dapat ciri ini pada Xiaomi 12. Pengguna Pixel tidak perlu risau, kerana ciri Overview Selection yang terbina boleh memilih teks pada mana-mana aplikasi melalui Recent Apps.

komen


© Amanz / 2022 Kami