ZOTAC GeForce RTX 3090 Ti AMP Extreme Holo Ditawarkan Pada Harga RM9699

Diterbitkan pada Apr 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada minggu lepas, kita telah memperlihatkan sejumlah kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti yang akan memasuki pasaran tempatan, dan kesemuanya dilihat dijual pada harga mampu pandang sahaja.

ZOTAC Malaysia hari ini turut mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk kad grafik ZOTAC GeForce RTX 3090 Ti AMP Extreme Holo mereka pada harga RM9699.

Kad grafik ini dilihat hadir dengan sistem penyejukan IceStorm yang terdiri daripada tiga buah kipas 100mm dengan 11 bilah, lubang udara di bahagian belakang kad grafik yang memudahkan pengaliran udara, dan juga penggunaan bongkah aluminum dan lapan paip haba untuk mengalirkan haba daripada komponen-komponen kad grafik ini dengan lebih cekap lagi.

Bagi mereka yang sukakan pencahayaan RGB didalam komputer mereka, ZOTAC juga telah memuatkan kad grafik ini dengan sistem pencahayaan Spectra 2.0 yang digabungkan dengan rekaan rangka Holoblack yang memberi pantulan cahaya cukup cantik sekali apabila sistem cahaya RGB dipasangkan.

Kad grafik ZOTAC GeForce RTX 3090 Ti AMP Extreme Holo ini boleh dibeli di semua pengedar rasmi Sun Cycle di seluruh Malaysia sekarang.

komen


© Amanz / 2022 Kami