Microsoft Menyatukan Semua Pasukan Pembangun Android Mereka Dibawah Satu Pasukan Baru

Diterbitkan pada Apr 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kebelakangan ini, Microsoft dilihat mengambil serius tentang integrasi sistem operasi dan aplikasi-aplikasi Android dibawah payung mereka sendiri. Perkara ini dapat dilihat melalui pengambilalihan Swiftkey, pembangunan sistem operasi Surface Duo OS yang digunakan dalam peranti Microsoft Surface Duo dan juga integrasi aplikasi Android pada sistem operasi Windows 11.

Sebelum ini, semua bahagian-bahagian ini dilihat beroperasi secara kendiri dibawah pasukan produk masing-masing, tetapi kini nampaknya akan disatukan dibawah satu pasukan Android khusus baru yang dinamakan Android Microsoft Platform and Experiences (AMPX).

Pasukan ini, yang akan beroperasi dibawah seliaan Ketua Pegawai Produk Microsoft, Panos Panay yang dilihat akan memfokuskan kepada integrasi pelabagai fungsi dan ciri sistem operasi Android kedalam Windows.

Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Microsoft mahu bekerjasama dengan Android untuk memastikan mereka boleh membangunkan ekosistem yang boleh diintegrasi di kedua-dua platform mereka, sama seperti apa yang dilakukan oleh Apple dengan sistem-sistem operasi dan juga pelbagai peranti mereka.

Dengan pasukan AMPX ini, Microsoft dijangka akan memperkenalkan lebih banyak lagi integrasi dengan Android di tahun-tahun akan datang. Malah, tidak mengejutkan sekiranya kita akan akhirnya memperlihatkan sebuah peranti Surface Duo yang berbaloi dibeli dan digunakan sebagai peranti seharian, ataupun sebuah komputer Surface Pro ataupun Go dengan integrasi peranti Android yang mantap.

komen


© Amanz / 2022 Kami