Cooler Master Membuka Pendaftaran Minat Untuk Rangka PC Istimewa Sneaker X Dan Shark X

Diterbitkan pada Apr 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidak lama dahulu kami ada melaporkan tentang rangka PC desktop istimewa keluaran Cooler Master yang dinamakan Sneaker X, iaitu sebuah rangka komputer yang berbentuk sebuah kasut sneaker.

Rangka komputer ini dilihat boleh memuatkan sebuah papan induk bersaiz ATX, penyejuk cecair CPU, bekalan kuasa bersaiz biasa dan juga kad grafik dengan panjang 10-12 inci tanpa masalah. Rekaan rangka komputer ini diambil daripada JMDF yang memenangi pertandingan pengubahsuaian komputer Cooler Master World Series pada tahun 2020.

Terkini, Cooler Master dilihat telah membuka pendaftaran minat untuk membeli rangka komputer ini melalui laman web CMODX mereka, yang juga memperlihatkan kerusi gaming 4DX Motion1 dan juga sebuah lagi rangka komputer istimewa, Shark X.

Pelancaran dan harga rasmi untuk rangka Sneaker X ini tidak diketahui lagi, tetapi menurut rakan kami di Cooler Master Malaysia, mereka menjangkakan bahawa terdapat kemungkinan rangka komputer ini akan memasuki pasaran tempatan sekitar suku ketiga tahun ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami