Carian
KFC, Pizza Hut Dan Taco Bell Daftar Tanda Dagang Untuk NFT Dan Metamesta
April 4, 2022 Aman

Yum Brands, syarikat disebalik sejumlah jenama restoran popular seperti KFC, Pizza Hut dan Taco Bell, kini dilihat telah mendafta tanda dagang berkaitan dengan NFT dan metamesta – sekaligus memperlihatkan kemungkinan jenama berkenaan menyertai arena digital tersebut yang hangat diperkatakan kini.

Melalui pendaftaran tanda dagang berkenaan, ia meliputi makanan dan minuman maya, restoran maya, kedai atas-talian menjual barangan maya, selain pelbagai multimedia yang disokong NFT. Buat masa ini, ia sekadar pendaftaran tanda dagang sahaja, dan semua jenama berkenaan masih belum mengumumkan sebarang penawaran masing-masing dalam arena NFT atau metamesta.

Selain KFC, Pizza Hut dan Taco Bell, beberapa syarikat lain turut telah mendaftar tanda dagang untuk arena metamesta – termasuk McDonalds dan juga NIKE.

Komen