Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai variasi model peranti pintar yang telah diperkenalkan oleh ZTE di bawah siri Axon. Kesemuanya lengkap dengan pelbagai penawaran menarik yang mampu meletakkannya dalam kelas tersendiri. Kebanyakan daripadanya juga tampil unik, di samping padanan kemasan dengan sentuhan premium.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, ZTE berkongsi perancangan untuk mengemaskini siri berkenaan dengan penawaran baharu. Hal ini didedahkan Ni Fei merangkap Presiden ZTE menerusi salah satu perkongsian di Weibo miliknya. Meskipun ia tidak didedahkan secara khusus, namun penggunaan nombor “40” jelas menguatkan lagi spekulasi bahawa peranti berkenaan adalah ZTE Axon 40. Pelancarannya juga dijangka berlangsung sekitar bulan ini, tetapi tiada sebarang tarikh khusus yang didedahkan.

Tidak banyak informasi yang diketahui mengenai peranti pintar. Bagaimanapun, ia sebelum ini pernah dijumpai tersenarai di laman TEENA. Melaluinya, ia mempunyai persamaan dengan Nubia Z40 Pro dari aspek kemasan luaran. Ia juga dijangka hadir dengan skrin 6.67-inci OLED dengan skrin sejenis berlubang untuk peletakan kamera hadapan. Ia juga dibekalkan kamera belakang dengan 64MP + 50MP + 8MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 44MP. Bateri pula adalah sebesar 4,900mAh yang menyokong pengecasan pantar 55W.
Sumber : Weibo