Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini sedia memperkenalkan ciri 360 audio pada Galaxy Buds Pro. Ia merupakan ciri yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman audio maya daripada kesemua arah. Ini sekaligus membolehkan pengalaman audio lebih imersif dinikmati oleh para pengguna.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, ciri berkenaan kini ditawarkan pada Samsung Galaxy Buds 2 pula menerusi kemas kini baharu. Dengan ini, pemilik aksesori audio berkenaan kini boleh menikmati pengalaman audio seumpama yang terdapat pada Galaxy Buds Pro sebelum ini. Di samping itu, versi terkini berkenaan turut menawarkan peningkatan untuk kualiti panggilan dan sambungan Bluetooth. Saiz kemas kini ialah 3MB.

Samsung Galaxy Buds2 telah dilancarkan tahun lalu dengan tanda harga RM499. Ia merupakan fon telinga nirwayar dengan padanan ciri pembatalan aktif terbina, di samping boleh bertahan maksimum sehingga 29 jam lamanya.

Sumber : Android Police

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd